Rabu, 06 Agustus 2008

How to enable email through proxy

Sebenarnya masalah ini simple saja :
1. Edit file /etc/sysctl.conf untuk mengeset forwarding di Linux kita
net.ipv4.ip_forward = 1
2. Set iptable dengan
ipchains -A forward -j MASQ -s xxx.xxx.xxx.xxx/24 -d 0.0.0.0/0

Sebelumnya aktifkan acl port utk email tersebut di squid.conf (port 25,110)

Good luck
-wie-

Rabu, 11 Juni 2008

Unable to bind to port Port = 6400 errno = 98 Address already in use in domino setup

Untuk case seperti ini sebenarnya simple saja...
Itu karena port yang akan dipakai oleh domino server dipakai oleh aplikasi mail system lain. Oleh karena itu sebaiknya sebelum memulai instalasi dan setup di domino server semua service
yang berhubungan dengan domino server di non aktifkan terlebih dahulu, seperti port HTTP,SMTP,IMAP,LDAP.
Untuk cek service tersebut dipakai atau tidak :
ps -ax grep daemon ---- itu utk cek smtp sendmail yang aktif
Untuk shutdown :
/etc/sendmail stop ---- ini utk sementara, karena setelah direstart maka akan dipanggil lagi
-wie-

Senin, 09 Juni 2008

Membuka hijab

1. Perkara membuka hijab pada hakikatnya sangat halus yang mengaitkan makhluk dengan Allah.

2. Sekiranya ada lagi sifat seseorang itu yang berkehendakan sesuatu maka pasti ia barang yang mustahil akan pemberian makrifatullah.

3. Walau apa jua yang terdetik dalam hati seperti kehendak2 nafsu biarpun yang terdetik itu berbentuk yang baik2 apatah lagi yang tercela maka hakikatnya seseorang itu belum cukup ikhlas dalam penyerahan diri zahir dan batin kepada Allah.

4. Seseorang itu wajib mencapai tauhid yang sempurna dan tauhid itu adalah pemberian Allah bukannya datang dari rasa hati dan fikiran sendiri.

5. Baik apa jua yang terjadi diatas muka bumi ini dan apa jua bentuk kehidupan yang dilalui adalah perbuatan Allah semata2.

6. Maka wajiblah diimani perkara ini. kalau kita berusaha sekalipun maka yang mengujudkan usaha itu adalah Allah.

7. Begitu juga kalau kita berwudu, solat puasa, dan apa jua bentuk kehidupan yang kita lalui itu adalahlah gerak Allah jua.

8. Barang siapa yang mengatakam bahawa dia menghasilkan sesuatu itu atas usaha nya sendiri maka kufur iman nya.

9. Tiada tauhid dalam hatinya kerana ia nampak sesuatu yang lain selain Allah.

10. Maka barangsiapa yang tiada tauhid dalam hatinya maka terkeluarlah ia dari landasan iman dan barangsiapa yang tiada beriman neraka wail lah tempat mereka.


11. Untuk mrengujudkan pertalian roh yang takarub degan Allah hendaklah ia mengesakan Allah dimana2 sahaja dia berada.

12. Hendaklah ia sentiasa mensucikan dirinya dari hawa2 nafsu dengan melakukan zikirullah, muraqabah dan musyahadah sepanjang masa kerana ini adalah kelakuan orang2 mukmin dan menjadi pegangan hidup mereka yang berlandaskan iman.

13. Mereka membina iman pada asas ini dan berasa taqwa kerana dengan adanya tapak iman dan berdirinya tiang taqwa maka diatasnya adalah agama.

14. Seandainya tiada iman dan taqwa maka tiadalah agama seseorang itu walaupun ia mendakwa ia beragama islam sekali pun.

15. Ini adalah perbedaan yang sangat ketara diantara mukmin dan muslimin. hanya seseorang yang bergelar mukmin sahaja yang akan dipertimbangkan dalam pembukaan hijab, melihat Zat Allah yang Laisa Kamislihi Sya'in {tidak menyerupai akan sesuatu}.

16. Barangsiapa yang hanya mengerjakan syariat yang zahir sahaja maka tertolak amalannya dan barangsiapa yang mengerjakan perkerjaan hakikat sahaja tanpa besertakan syariat yang zahir maka kufur ia.

17 . Hendaklah kita mengerjakan dua2 pekerjaan syariat dan hakikat untuk mencapai hakikat ketuhanan iaitu makrifat

18. Dari satu derajat iman yang rendah sehingga mencapai keimanan yang tinggi maka dengan status dan kondisi iman yang sempurna maka layaklah ia merasa nikmat ibadah yang sangat manis rasa yang sangat tidak terhingga.

19. Untuk mencapai tahap ini hendaklah kita berjihad kejalan Allah dengan melakukan amalan mensucikan diri, melakukan jihad pada masa, harta dan tenaga kejalan Allah dengan bersungguh2. barang siapa yang tiada jihad dalam hati sedikit kejalan Allah maka mati ia dalam kekufuran.

20. Takutilah diri kita dan muhasabahlah diri kita dimanakah kondisi diri kita sekarang ini.

21. Berjihad pada masa sekarang dengan melakukan perang memerangi hawa nafsu.

22. Orang mukmin sangat sedikit jika dibandingkan muslim yang mengaku bertuhankan Allah Aza Wajjala dan berasulkan Nabi Muhammad s.a.w.

23. Orang muslim kebanyakan tidak bermursyid yang membawa mereka sampai kepada Allah.

24. Mereka megamalkan islam hanya dipinggiran atau sambil2 lewat dan ini nyata telah banyak membawa mereka kejalan yang tidak diredhai Allah.

25. Mereka membinasakan dan menzalimi diri sendiri walaupun sesetegah mereka itu bergelar Ulama, ustas dan ustazah.

26. Pada zahirnya nampak sangat alim tetapi pada hakikatnya mereka teraba2 mencari Tuhannya.

27. Mereka terhijab yang sehingga 70,000 lapisan. dan tanda mereka yang terhijab itu dapat dinilai dari solatnya yang tidak khudyuk.

28. Mereka melihat sesuatu yang lain dalam solatnya. Ini membuktikan mereka tiada rasa lazat amal solatnya dan bagi mereka yang lalai ketika solatnya disebut oleh Allah sebagai celaka mereka itu.

29. Hendaklah sesiapa yang membaca tazkirah ini berbanyak2 taubat seperti taubat Si Nasuha.

30. Hendaklai ia mencari jalan bagaimana mensucikan diri dengan amalan2 zikirullah seperti amalan Rasulullah s.a.w sebelum baginda diangkat menjadi nabi dan rasul.

31 Utamakan kesucian kerohanian terlebih dahulu dan selepas itu barulah sempurna syariat yang zahir.

32. Usahlah kita mimpikan agar Allah membuka hijab kita kalau jiwa kita masih jauh terasa kosong dengan iman.

33. Dan janganlah kita sangka kita beriman sehingga meminta Allah membukakan hijab kita.

34. Orang yang beramal soleh tidak melihat kesemua itu menjadi puncak tetapi Allah yang memberi nikmat membuka hijab tanpa ia minta kerana meminta itu bukan sifat orang mukmin kecuali meminta pertolongan dan memohon rahmat Allah Yang Maha Pemurah,

35. Berdoakan tanpa amal atau dengan hati yang kotor hanya menambahkan kebatilan kecuali berdoa meminta taufik dan hidayah seperti orang2 mukmin yang sejati.

36. Berdoa pada kekayaan harta, atau apa sahaja yang dapat memuaskankan hati hanya akan menebalkan hijab dan kalaupun doa itu dimakbulkan Allah hanyalah pada sifat Allah yang Qahar.

37. Allah memberi tetapi mereka semakin jauh.

38. Maka berdoalah agar Allah jadikan kita seorang mukmin/mukminh dan Allah membalas doa itu dengan sifatnya yang Rahman dan Rahim.

39. Kalau dalam hati kita masih ada rasa ingin mengejar walaupun sedikit erti keduniaan, biarpun ia berupa makan dan minum sekali pun apatah lagi hal rezeki atau lainnya maka janganlah kita mimpi mengharapkan Allah membuka hijab biarpun beramal 1000 tahun sekalipun.

40. Apa jua bentuk kehidupan ini serahlah kepada Yang Maha Pencipta dengan seikhlas2nya dengan melakukan amal yang bermula daripada zikirullah dan tidak mengharapkan Allah menambahkan kita ilmu dan cahayaNya dari hasil amal kita dan tidak mengharapkan pahala, syurga, pangkat, rezeki dan sebagainya nescaya Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik tanpa kita ketahuinya.

41. Ia berupakan iman dan orang yang beriman tidak mengetahui bahawa mereka itu beriman.

42. Kalau ada yang mendakwa dia orang yang beriman maka dia itu beriman kepada Iblis kerana iman itu adalah rahsia Allah kepada hamba2nya yang soleh.

43. Apatah lagi mereka yang mendakwa mereka adalah orang2 yang berilmu seperti kebanyakan ulama fiqh, Usuluddin dan tasawuf. Ilmu yang berbentuk syariat dituntut dan yang berbentuk hakikat adalah wajib kerana ia adalah rukun untuk sampai kepada Allah.

44. Apabila sudah terbuka hijab maka ilmu fiqh, usuluddin dan tasawuf akan berdiri dan ujud dalam diri kita dengan teguh dan sukar untuk ditumbangkan.

45. Disinilah kekuatan mukmin yang tidak mudah diperdayakan oleh segala jenis bentuk yang dapat melemahkan imannya.

46. Carilah mursyid yang telah wasil yang telah mengenal Allah dengan sebenar2nya kenal dan menjadi pewaris kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembangkan syariat islam dan membawa kita kepada Allah.

47. Adalah mustahil untuk kita sampai kepada Allah atau kenal Allah dengan usaha kita sendiri biarpun 1000 tahun beramal soleh.

48. Dan adalah mustahil Allah akan membuka hijab seseorang itu kalau tidak mereka kasih kepada pewaris dan Nabinya.

49. Dan tidaklah Allah Kasih pada mereka yang tiada adab dalam perjalanan mereka untuk sampai kepadanya kecuali kita bersungguh2 mensucikan diri dengan perbanyakan amalan2 zikirullah dan perkara2 sunat kerana ia adalah kunci untuk membuka hijab.

50. Yang wajib adalah tuntutan.

51. Dan hal zikirullah perlulah mencari mursyid yang arif mengenainya kerana barangsiapa yang tiada mursyid {Ulama mukasyafah yang menyampaikan seseorang itu kepada Allah} maka pemimpin mereka adalah syaitan walaupun digelar ulama atau guru2 agama yang bertauliah dalam ilmu syariat yang tinggi.

52. Semoga penjelasan yang sedikit dan dhaif ini akan memberi pengertian serba sedikit tentang hijab. Ilmu makrifat akan hanya dirasai pada mereka yang menjalaninya sahaja.

53. Mereka ini digelar Salik dan Salik tidak akan berhenti berjalan sehingga ia sampai ke denastinya iaitu makrifat dan mereka inilah mukmin yang sejati yang bilangannya sangat sedikit pada akhir zaman ini.

54. Mereka inilah yang akan dibangkitkan diakhirat dengan wajah yang yang cantik dan diarak kesyurga tanpa hisab dan mendapat syafaat Nabi s.a.w dan masuk kedalam syurga firdaus.

55. Malanglah mereka yang mendakwa islam tetapi dimasukkan kedalam neraka pada hal mereka itu sebenarnya kufur diatas muka bumi tanpa disedarinya.

56. Kerana mereka telah menjadi hamba kepada nafsu yang sentiasa berkehendakkan sesuatu selain daripada Allah.